dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Kesedaran eSukan: Sains Sukan Fizikal & Pemulihan

4 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Oktober 2025, dua orang pelajar sekolah menengah telah menyertai Kelas Kesedaran e-sukan: Sains Sukan Fizikal & Pemulihan yang dijalankan di NADI Sungai Bandung melalui tontonan video. Sesi ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal, khususnya bagi pemain e-sukan yang sering terdedah kepada gaya hidup tidak aktif.

Melalui tontonan tersebut, pelajar memahami kesan gaya hidup sedentari terhadap tubuh seperti ketegangan otot dan keletihan. Mereka turut mempelajari senaman ringan yang boleh diamalkan bagi mengekalkan kesihatan otot dan sendi. Selain itu, pelajar didedahkan kepada posisi duduk ergonomik yang betul semasa bermain untuk mengelakkan kecederaan dan rasa tidak selesa.

Video turut menekankan amalan rutin pemulihan selepas sesi latihan atau pertandingan seperti regangan, rehat dan penghidratan mencukupi. Keseluruhannya, kelas ini berjaya meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan aktiviti fizikal dan penjagaan tubuh bagi memastikan kesihatan serta prestasi diri sentiasa berada pada tahap optimum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.